Saturday, February 21, 2009

GURU PPKI SKPU1



TERIMA KASIH ATAS KESABARAN MELAYAN ANAK DIDIK KITA

PROGRAM BUMI HIJAU





Febuari 2009- PPKI akan melaksanakan program bumi hijau untuk aktiviti pembelajaran bagi murid istimewa. Tujuan program ini dijalankan untuk memupuk rasa kecintaan murid terhadap barangan sendiri. Murid akan diberi sepasu bunga untuk dijaga dengan tujuan supaya menyayangi barangan dan harta benda sendiri. Program ini kita jalankan sepanjang tahun dengan seliaan guru-guru PPKI.

Monday, February 16, 2009

SUKAN TAHUNAN SEKOLAH




















13 Febuari 2009 - Sukan Tahunan Sekolah bagi murid Prasekolah Aliran Perdana, Prasekolah PPKI dan PPKI SKPU1 telah diadakan dengan jayanya. Alhamdulillah semua murid PPKI mengambil bahagian termasuk murid yang menggunakan kerusi roda.
Acara yang dipertandingkan adalah sukaneka, rebut gula-gula, 50m, 100m, 4x100m, lontar peluru dan lompat jauh. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan sukan tersebut.
Insya Allah pada 3,4,5 Mac nanti mereka yang telah berjaya akan menyertai Pertandingan Olahraga Pendidikan Khas Daerah Petaling Perdana yang akan diadakan di Stadium Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi.Jom ramai-ramai kesana menyemarakkan lagi sukan kami.

Minggu Bahasa Inggeris




10 Febuari 2009 - Murid PPKI menyertai Minggu Bahasa Inggeris di sekolah. Mereka membaca keratan cerita bahasa inggeris diperhimpunan sekolah. Tiga orang murid telah dipilih iaitu Mohd Umair, Danial Idlan dan Mohd Akmal. Guru yang membimbing mereka ialah Pn Banumathi.

Friday, February 6, 2009

KAEDAH P&P KHUSUS BAGI PENDIDIKAN KHAS


Program pendidikan yang menggunakan kaedah-kaedah khusus sesuai untuk memenuhi keperluan perkembangan fizikal, intelek, emosi dan sosial individu-individu yang berkeperluan khas, iaitu individu yang mengalami pelbagai kecacatan atau kurang upaya atau yang pintar cerdas

• Perkembangan pendidikan khas:
Pelajar-pelajar yang cacat boleh diasuh melalui pendidikan yang tersusun (Samuel Howe)
Pelajar-pelajar terencat akal boleh diasuh melalui latihan deria motor (Edward Seguin)
Kecerdasan boleh diukur dan dimajukan melalui pembelajaran (Alfred Binet)
Pelajar-pelajar buta boleh diajar melalui titik-titik timbul (Louis Braille)
Pelajar-pelajar pekak boleh berhubung melalui bahasa isyarat dan ekspresi muka (Thomas Hopkins)
Pelajar-pelajar pekak boleh belajar bercakap menggunakan pendengaran terhad (Graham Bell)
Pelajar-pelajar mudah belajar menggunakan bahan konkrit (Montessori)
Teknik psikoanalisis boleh membantu pelajar-pelajar bermasalah emosi (Anna Freud)
Kanak-kanak kerosakan otak minimum memerlukan latihan khas (Struss)

Thursday, February 5, 2009

Program Pendidikan Khas



Pendidikan khas

Pendidikan khas adalah perkhidmatan dan kemudahan pendidikan yang disediakan untuk individu berkeperluan khas, atau kurang upaya, yang terdiri daripada mereka yang mengalami kecacatan mental, bermasalah pembelajaran, gangguan emosi dan tingkah laku, gangguan komunikasi(pertuturan dan bahasa), hilang pendengaran, hilang penglihatan atau darjah penglihatan yang rendah, kecacatan fizikal dan golongan pintar cerdas.


Kementerian Pelajaran Malaysia menurut Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas 1997 Bahagian II 3(2) menyediakan pendidikan khas dan kemudahan untuk murid bermasalah penglihatan dan pendengaran, manakala pendidikan khas integrasi pula adalah untuk yang bermasalah pembelajaran, penglihatan, dan pendengaran.
Ia diwujudkan di peringkat prasekolah, sekolah harian biasa rendah dan menengah serta sekolah menengah teknik atau vokasional, dengan menggunakan pendekatan pengajaran berasingan dan separa inklusif. Tempoh pengajian bagi sekolah rendah adalah selama enam tahun, manakala bagi sekolah menengah pula selama lima tahun dan dilanjutkan sehingga dua tahun maksimum mengikut keperluan murid.
Bilangan murid pendidikan khas rendah dan menengah di seluruh Malaysia adalah seramai 2912, manakala guru pula ialah seramai 630. Terdapat sebanyak 28 buah sekolah rendah, iaitu lima(kanak-kanak buta), dan 23 (kanak-kanak pekak). Manakala bagi sekolah menengah rendah pula, terdapat tiga buah sekolah pendidikan khas iaitu, satu (kanak-kanak buta) dan tiga (kanak-kanak pekak). Bilangan murid pendidikan khas integrasi pula adalah seramai 11 961, manakala gurunya pula adalah seramai 2587 orang.


Syarat-syarat kemasukan ke sekolah pendidikan khas pula adalah; Tadika(berusia tidak kurang 6 tahun), Sekolah Rendah(berusia 6+ hingga 14+ tahun) dan Sekolah Menengah (13+ hingga 19+ tahun. Semua kanak-kanak ini mestilah mendapat pengesahan daripada doktor terlebih dahulu dan dapat menguruskan diri sendiri tanpa bantuan orang lain.

Kelas PPKI SK Puchong Utama 1


Program PPKI SKPU1 telah dibuka pada 2001 dan menerima 17 orang murid dan 6 orang guru.Pada tahun 2009 program ini semakin dikenali dan menerima kemasukan ramai murid istimewa . Kini PPKI SKPU1 terdiri daripada 82 murid, 20 guru dan 6 PPM. Murid yang ada diprogram ini mempunyai pelbagai kecacatan seperti Autisme, sindrom down, ADHD dan sebagainya.
PPKI SKPU1 juga mempunyai 12 kelas bagi mendidik murid bermasalah pembelajaran. Kemasukan keprogram ini perlu pengesahan dari doktor atau pengamal perubatan supaya tidak timbul sebarang masalah dikemudian hari. Kita cuba mendidik mereka kearah yang lebih baik dan mengenal potensi diri murid istimewa.
Pada tahun 2008 PPKI SKPU1 menerima murid Pra Sekolah PPKI dan menerima 4 murid yang berumur 5-6 tahun. Murid PPKI pula berumur antara 7-14 tahun dan dua murid diinklusifkan ke aliran perdana ,mengikuti program inklusif separa bagi persediaan mengambil UPSR. Fahami mereka dan biarlah mereka rasa diri dilayan sama rata .
Kami terima mereka seadanya dan cuba memupuk dan mengeluarkan bakat murid yang terpendam yang ada pada mereka. Sayangi mereka kerana mereka juga perlu perhatian dan didikan dari kita.

Wednesday, February 4, 2009

PROGRAM PEND KHAS



Nak tahu.....murid PPKI kat sekolah kami didedahkan dengan komputer. Nampaknya ada yang lebih pandai dari guru. Sebagai pendidik , kami cuba membantu mereka mengenali komputer walaupun terpaksa berkongsi dengan murid dalam penggunaan komputer kerana kekurangan bahan tersebut dikelas PPKI. Kami sangat mengalu-alukan orang perseorangan atau rakyat Malaysia yang bermurah hati untuk menyumbangkan komputer bagi program PPKI. Kami masih kekurangan komputer untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.