Saturday, August 22, 2009

Bulan Patriotik




Merdeka, Merdeka, Merdeka,
Indahnya alam maya,
Bumiku pijak bumi bertuah,
Akan ku pertahankan demi negara tercinta,
Musuh menyerang akan ku tentang,
Biar kudrat tidak seberapa,
Tapi ku fahami erti MERDEKA

Friday, August 21, 2009

Ramadhan Al-Mubarak

" Ukhwah yang kita bina harapnya seperti seutas tasbih,

ada awal namun tiada penghujung,

dicipta untuk berzikir kehadrat-Nya,

Dirangkai untuk menghitung dosa-dosa manusia,

antara lilitannya untuk menyusun keampunan,

kemaafan antara kita menuju Ramadhan,

demi maghfirah-Nya,

Ukhwah juga bukan terletak pada kerapnya pertemuan,

bukan juga pada manisnya ucapan bibir,

tapi pada ingatan insan terhadap saudaranya dalam doa,

iaitu tautan hati yang paling dalam,

Salam Ramadhan Al-Mubarak 1431H,

Bacaan Yasin dan Solat Hajat

20 Ogos 2009 - Sempena kedatangan Ramadhan Al-Mubarak pihak sekolah telah mengadakan solat berjemaah bersama-sama ibubapa dan murid-murid tahun enam. Para jemaah juga memohon keberkatan supaya murid-murid tahun enam diterangkan hati menghadapi peperiksaan UPSR yang bakal tiba. Alhamdulillah sambutan yang diterima menggalakkan. Warga PPKI juga mengucapkan selamat berpuasa kepada semua dan kepada murid-murid tahun enam dan Muhammad Umair B Muhd Ashri, murid PPKI (Inklusif) cikgu mendoakan kejayaan sentiasa mengiringi perjalanan hidup kamu.

Saturday, August 15, 2009

Keceriaan Kelas







Sepanjang 2009 telah dijalankan aktiviti keceriaan kelas. Guru-guru dan PPM PPKI bekerjasama menceriakan kelas masing-masing. Murid-murid juga di ajar supaya berdisiplin dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Saturday, August 1, 2009

Sambutan Minggu Kecergasan








31 Julai 2009 - Minggu kecergasan disambut dengan meriah. Pelbagai aktiviti telah diadakan bagi menyahut seruan kerajaan supaya rakyat sentiasa sihat dan cergas. Antara aktiviti yang diadakan pada minggu kecergasan ialah ucapan guru besar, poco-poco, perlawanan bola sepak dan bola jaring antara kelas tahap dua. Murid PPKI juga terlibat sama dalam menjayakan Minggu Kecergasan tersebut. Semoga sihat dan ceria selalu...........