Saturday, November 20, 2010

SELAMAT BERCUTI DAN SALAM AIDILADHA

16 November 2010 - Hari terakhir persekolahan bagi tahun 2010. Semua murid bergembira kerana esoknya kita merayakan aidiladha. Semoga perjalanan pulang ke kampung halaman dilindungi Allah. Selamat bercuti dan jumpa lagi pada sesi persekolahan 2011

PESTA RIA SKPU1 2010


13 November 2010 - Seronoknya.......takut pun ada, tapi nak tengok juga. Kemeriahan terasa pada pestaria kali ini . Guru-guru menunjukkan kepakaran memasak dan nampaknya semua gerai laris terjual. Tak menang tangan dibuatnya. Guru-guru PPKI juga membuka gerai menjual Burger dan Bihun Sup. Seronok melihat telatah pengunjung yang tidak putus-putus datang memeriahkan pestaria tersebut. Tahniah diucapkan kepada penyelaras program, Pn Mazila Yusof dan juga semua guru yang terlibat menjayakan pestaria pada hari itu. Burger , burger ................

KEJOHANAN OLAHRAGA PENDIDIKAN KHAS KEBANGSAAN 2010











8-11 November 2010 - Kejohanan berlangsung selama 2 hari di Stadium MSN , Shah Alam Selangor. Sebanyak 14 buah negeri berkampung di Selangor kerana Selangor menjadi tuan rumah Olahraga Kebangsaan tahun 2010. Johor menjadi negeri terbaik keseluruhan. Sk Puchong Utama 1 bertugas sebagai Jawatankuasa Sijil , Penghargaan dan Pencapaian. Terima kasih kepada semua guru yang membantu menjayakan tugasan yang diberi.

Friday, November 12, 2010

KARNIVAL PRASEKOLAH PPKI PERINGKAT NEGERI SELANGOR

2 November 2010 - Sebanyak 17 buah Pra sekolah PPKI berkampung di Dewan Warga Emas, Seksyen 22 Shah Alam . Karnival ini diadakan bagi mencungkil bakat sedia ada dalam diri murid Pend khas. SKPU1 menjadi Jawatankuasa Hadiah bagi karnival ini. 3 orang murid menunjuk bakat walaupun pada awalnya enggan menyertai pertandingan tersabut.

Thursday, October 28, 2010

MAJLIS HARI LAHIR JUN - DISEMBER 2010

28 Oktober 2010 - Selamat Hari Lahir buat anak murid yang disayangi. Seramai 44 orang murid PPKI menyambut hari lahir mereka dan diraikan dalam majlis yang meriah. Majlis turut disertai oleh guru besar SKPU1 En. Mohd Arif B Yahaya, Pn Yeng Choo Peng (PK 1), Pn Suhana Abdullah (PK HEM) serta murid Pra PPKI. Semoga Allah sentiasa merahmati hidup kalian

Wednesday, October 27, 2010

MAJLIS GRADUASI PRA PPKI DAN PRA SKPU1

27 Oktober 2010 - Tahniah,tahniah,tahniah............................
Pra PPKI dan Pra Perdana SKPU1 mengadakan Majlis Graduasi mereka pada hari ini. Seramai 50 murid prasekolah dan 7 murid Pra PPKI akan menerima sijil mereka. 6 murid Pra Perdana akan menerima anugerah cemerlang dalam pelajaran dan seorang murid Pra PPKI menerima anugerah KOKO. Majlis akan dirasmikan oleh guru besar SKPU1 En. Mohd Ariff B. Yahaya. Ibu bapa waris dijemput bersama-sama meraikan graduasi anak mereka. Terima kasih kepada semua tenaga kerja yang terlibat membantu menjayakan majlis ini.

Tuesday, October 26, 2010

HEW KAH MUN DALAM KENANGAN

Semalam terasa manisnya senyuman ,
kala teguran mengimbau kenangan,
kini kau telah tiada,
pergimu diiringi tangisan,
semoga damai dipersemadian.

Tuesday, October 19, 2010

RAWATAN PERGIGIAN

















20 Oktober 2010 - Walaupun sedang menghadapi PKSR 2 tapi gigi perlu dijaga. Murid PPKISKPU1 akan merawat gigi mereka esok dengan bantuan nurse Klinik Kesihatan Batu 14, Puchong. Jom kita tengok reaksi mereka semasa tunjuk cara merawat gigi.....smile

PKSR 2


19 Oktober 2010 - Selamat Menjawab PKSR 2 kepada semua murid PPKI dan murid Perdana SKPU1

Saturday, August 7, 2010

PUSAT PERKHIDMATAN PENDIDIKAN KHAS PUTRAJAYA DAN KLIA












5 Ogos 2010 - Murid PPKI telah dibawa ke Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas di Putrajaya . Berbagai ilmu berkaitan dengan terapi murid telah diterangkan kepada guru yang mengikuti rombongan. Oleh kerana kami kesuntukan masa, PPKISKPU1 terpaksa memendekkan masa lawatan ke Pusat Khidmat tersebut. Kami bertolak ke KLIA pada pukul 10.15 am dan sampai ke KLIA jam 11 pagi. Kami perlu mendapatkan pas untuk masuk dan setiap seorang dikenakan cas RM1.00. Kami dibawa melalui pintu kawalan , menaiki ERL dan masuk ke ruangan bebas cukai. Tepat pukul 12 kami dibawa semula ke ruangan pendaftaran dan seterusnya makan tengahari di Restoran KFC. Kami juga berkesempatan bergambar dengan penyanyi kesayangan ramai, Adibah Nor

BULAN PATRIOTIK



saat juang perajurit terbilang
bergadai nyawa membelah hutan belantara
semilir lalu kiambang bertaut
31 OGOS 1957, tarikh keramat,
gemilang anak watan
tersenyum penuh ria
kita anak merdeka
kini kita bangga
kerana mereka perajurit negara
kita lalui saat bahagia
merdeka, merdeka, merdeka

Thursday, July 29, 2010

COSMO'S WORLD THEME PARK

29 Julai 2010 - Lawatan murid PPKI ke Cosmo Theme Park adalah untuk memberi pendedahan dan pembelajaran yang berguna buat mereka. Mereka boleh bergembira disamping melakukan terapi cara kerja secara tidak langsung. Seramai 30 murid terlibat dan 18 guru serta PPM mengiringi mereka.

Thursday, July 15, 2010

PERKHEMAHAN PERDANA PPKISKPU1



15 Julai 2010 - Program Perkhemahan Perdana PPKISKPU1 yang dirancang dilaksanakan dengan jayanya. Seramai 50 orang murid dan semua guru PPKI serta PPM telah menjayakan program ini. Program seumpama ini dijalankan bagi memberi peluang dan ruang kepada murid-murid istimewa
berdikari dan berdaya saing dalam melakukan aktiviti perkhemahan. Murid PPKI juga didedahkan dengan aktiviti memasang khemah. En.Mohd Akmal B. Jamaluddin telah memberi tunjukajar tentang cara-cara memasang khemah . Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan perkhemahan ini.

Wednesday, May 26, 2010

SELAMAT HARI LAHIR SAYANG







26 Mei 2010 - Selamat hari lahir, semoga sentiasa dianugerahkan kesihatan yang berpanjangan, khas buat murid-murid ku tersayang. Sambutan ini diadakan sempena sambutan Hari Lahir Jan- Mei 2010. Seramai 27 orang murid diraikan pada sambutan kali ini. Pihak kami juga menjemput pihak pentadbir dan staf sokongan bersama-sama bagi memeriahkan majlis sambutan pada kali ini. Terima kasih kepada AJK pelaksana kerana dapat menjayakan majlis kita . Terima kasih juga kepada ibu bapa yang menyumbang juadah kepada PPKI.

Saturday, May 22, 2010

PERASMIAN PEMBUKAAN BILIK TERAPI SENSORI







22 Mei 2010 - Alhamdulillah, Majlis Perasmian Bilik Sensori PPKI SKPU1 telah disempurnakan oleh En.Zulkifli B. Ahmad. Majlis ini diadakan pada 22 Mei 2010 dan dikendalikan oleh AJK Pelaksana PPKI . Antara VIP yang dijemput pada majlis tersebut ialah En.Zulkifli B.Ahmad(JPS), Pn Khairul Bariah Bt. Abdul Rahman(Area Retail Manager CIMB), En Elangovan(Branch Manager CIMB Bandar Puteri), YDP PIBG SKPU1 En MOhd Yusuff B .Mohd Yassin. Penerangan SI oleh En Wong Shy Shyn, membuka minda ibubapa berkaitan dengan anak-anak mereka. Satu persembahan telah ditunjukkan oleh murid-murid PPKI yang bertajuk ' Bangau ooo Bangau'. Sesi lawatan ke bilik SI bagi memperlihatkan latihan yang dijalani oleh murid-murid dan dikendalikan oleh guru dan PPM yang telah mengikuti kursus SI. Ibubapa juga mengikuti kursus secara percuma yang diberikan oleh Pakar Terapi Wong Shy Shyn. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dalam menjayakan majlis ini. Terima kasih kepada semua AJK Pelaksana kerana berjaya menguruskan majlis Perasmian pembukaan SI dengan baik.

Tuesday, May 11, 2010

PKSR 1 2010

11 Mei 2010 - 'Selamat Menjawab' kepada semua murid SKPU1 dan PPKI

Thursday, May 6, 2010

NILAI, NEGERI SEMBILAN











28 APRIL 2010 - Lawatan sambil belajar ke Nilai Negeri Sembilan melibatkan dua Program Pendidikan Khas Integrasi iaitu SKPU1 Dan SK Taman Putra Perdana. Murid-murid PPKI SKPU1 telah dibawa melawat tapak projek penanaman "Dragon Fruit" di Nilai , Negeri Sembilan. Kami didedahkan dengan tanaman berkenaan secara lebih dekat lagi. Kami juga di bawa meninjau ladang 'Dragon Fruit' dan diberi penerangan berkaitan dengan cara-cara penanaman tanaman ini. Kami juga diterangkan tentang madu asli dan juga pembajaan yang digunakan untuk tanaman tersebut. Terima kasih kepada Menteri Besar Negeri Sembilan kerana menaja makan tengahari yang enak . Bertolak pulang ke SKPU1 pada pukul 2 pm.