Thursday, December 8, 2011

TINGGAL KENANGAN
(Khas untuk Allahyarham Adik Amirul Adzim B. Yuhanis)

Semalam,
masih terdengar suaramu,
gelak tawamu memenuhi minda semua,
tiba hari ini,
khabar dibawa angin lalu,
Tubuh kecilmu dibaluti wayar yang berselirat,
Sayu hati melihat dukamu,
Apalagi insan yang rapat menangisi kesakitanmu,
Tuhan kami redha atas ketentuan-Mu,
Janjimu sementara pinjaman-Mu ,
sampai masa kau ambil jua,

Tuhan kami pasrah atas segalanya,
Amanlah kau di sana,
Tiada lagi rengetan kesakitan,
Moga rohmu tenang disisi yang Esa

18 November 2011

Monday, October 24, 2011

SUKAN TAHUNAN SKPU1 2011




23 OKTOBER 2011 - Cuaca yang terang benderang mengizinkan warga SKPU1 mengadakan sukan tahunan kali ke-10. Temasya sukan Tahunan dimeriahkan lagi dengan acara perbarisan dari setiap rumah sukan . Perarakan masuk bendera kejohanan , perbarisan rumah sukan yang dimulakan dengan PPKI serta empat pasukan yang gagah perkasa (Perwira, Laksamana, Satria, Panglima) . Perasmian Pembukaan telah disempurnakan oleh YDP PIBG En .Mohd Yusof B. Yassin. Datuk Dr Mohd Satim B. Diman juga hadir bagi memeriahkan lagi temasya. Murid PPKI telah mengambil bahagian dalam Temasya Sukan iaitu 100m L dan P. Acara sebelum hari sukan juga telah diadakan .Sukaneka bagi tahap 1 , Pra PPKI dan Pra Perdana, PPKI telah diadakan pada hari jumaat. Seronoknya melihat anak-anak riang di padang sekolah. Acara untuk kaum ibu dan bapa juga diadakan. Acara tarik tali antara guru lelaki dan kaum bapa dapat mengeratkan lagi silaturrahim. Terima kasih kepada semua warga kerja Temasya Sukan kali ini.

Sunday, October 2, 2011

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE SABAH

































































27-30 SEPTEMBER 2011 - Akhirnya rombongan PPKISKPU1 dan PPKISKPU3 selamat sampai ke Sabah Negeri di Bawah Bayu. Seramai 20 murid ppki, 13 guru dan 2 PPM menyertai lawatan sambil belajar ke negeri Sabah. Murid yang tidak menyertai lawatan bersekolah seperti biasa . Berkumpul disekolah pada pukul 4.00 am dan terbang ke Kota Kinabalu pada pukul 6.40 am. Menginap di Kompleks Tabung Haji KK. Berbagai aktiviti telah diikuti oleh murid , guru, ppm dan penjaga yang mengikuti lawatan sambil belajar ke Sabah. Kami juga berkesempatan melawat SK Luyang, KK. Setinggi penghargaan diberikan kepada guru besar SK Luyang , En. Sampidul Kahar serta warga kerja PPKI SK Luyang atas sambutan yang cukup meriah. Kesempatan melawat Monsopiat , Muzium Sabah, Muzium UMS, Merin , Kaki Gunung Kinabalu , memanjat jambatan gantung yang merupakan pengalaman baru amat mengujakan. Tahniah .......... murid-murid PPKI, walau dalam kesusahan untuk menaiki tangga dan jambatan gantung tapi kalian tetap sampai ke garisan penamat. Terima kasih guru-guru dan ppm walau terpaksa memimpin anak ppki tapi kalian tetap kuat mengharungi cabaran. Menikmati makanan laut Sabah yang menyelerakan serta ucapan terima kasih kepada pihak Ketua Menteri Sabah atas jamuan makan tengah hari yang sungguh enak di Restoran Sri Melati KK. Keindahan Gunung Kinabalu dan menghirup udara segar di KK amat memberi makna kepada ahli rombongan. Biarpun kepenatan melayan kerenah anak-anak khas tapi mereka sangat menghiburkan.Terima kasih kepada semua guru, ppm dan ibubapa SKPU1 & SKPU3 atas kerjasama yang diberi.

Tuesday, September 20, 2011

PENYEBARAN KSSRPK TAHUN 2 NEGERI SELANGOR 2011




























Penyebaran KSSRPK Tahun 2 telah dijalankan bagi lima Zon di Selangor.
1. Zon A (Sepang,Ulu Langat, Kuala Langat),
2.Zon B (Klang)
3.Zon C (Petaling Utama, Petaling Perdana)
4.Zon D (Sabak Bernam, Kuala Selangor)
5.Zon E (Gombak , Hulu Selangor)

Thursday, June 30, 2011

HARI TERBUKA PPKI SKPU1 2011

30 JUN 2011 - Hari terbuka PPKI diadakan serentak dengan aliran perdana bagi memberi ruang kepada ibubapa/ penjaga berbincang dan beramah mesra dengan guru kelas dan guru PPKI yang ada. Mereka juga berbincang tentang permasalahan anak-anak istimewa dan hala tuju serta peningkatan anak-anak sepanjang mereka bersama-sama menjadi warga SKPU1

Friday, June 24, 2011

MAJLIS TILAWAH AL QURAN 2011


15 JUN 2011 - Alhamdulillah selesai sudah majlis Tilawah Al-Quran Pend.Khas Peringkat Daerah Petaling Perdana 2011.MTQ diadakan di Laman Bestari, SK Subang Bestari. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada semua guru yang terlibat melatih murid dalam setiap bahagian yang dipertandingkan.

Thursday, May 5, 2011

SAMBUTAN HARI LAHIR MURID PPKI JANUARI- MEI 2011







SELAMAT HARI LAHIR,
SEMOGA ALLAH PANJANGKAN UMUR,
DIMURAHKAN REZEKI,
DIBERI KELAPANGAN, DIPERMUDAHKAN KEHIDUPAN
SELAMAT HARI LAHIR MURIDKU SAYANG