Mesyuarat Pemurnian Data Guru, Kelas dan Murid telah diadakan di Cameron Highland Pahang. Mesyuarat ini diadakan selama 3 hari bermula 30/11/2009-2/12/2009 dan dihadiri oleh semua PK Pendidikan Khas dan wakil setiap daerah di Selangor.
Cuti datang lagi......selamat bercuti diucapkan pada semua murid dan hati-hati dimusim cuti, jangan terlalu gembira hingga menyebabkan berlakunya kemalangan. Datang semula kesekolah dalam keadaan yang sihat dan selamat pada tahun depan (04/01/2010)
19 November 2009 - Semua murid yang berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran mereka sepanjang tahun 2009 diraikan pada hari ini. 33 orang murid PPKISKPU1 yang mendapat tempat 1,2,3 dari 12 buah kelas mendapat hadiah dan diiringi oleh ibu/bapa mereka. Muhammad Umair B Mohd Ashri dan Nadia Hanis Mohd Ridzuan telah dipilih sebagai tokoh Murid PPKI atas kecemerlangan mereka dalam kepimpinan dan peningkatan dalam akademik. Tahniah diucapkan kepada semua murid yang berjaya.
Pendaftaran Prasekolah PPKI telah dibuka kepada murid yang berumur 6 tahun. Ibubapa dipelawa menghadiri temuduga mengikut tarikh yang telah ditetapkan setelah mendapat surat temuduga di Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Perdana. Sila bawa bersama surat temuduga,pengesahan pakar perubatan, kad OKU serta salinan lain yang diperlukan. Sila bawa anak semasa sesi temuduga untuk dinilai tahap keupayaan mereka.
Perasmian Penutup oleh YDP PIBG En. Mohd Yusof B Mohd Yassin
Murid-murid aliran perdana dan juga murid PPKI
Laporan dari wakil murid
Murid PPKI bersama dengan guru-guru dan juga En.Hassan Taslim
13 November 2009 - Seramai 5 orang murid PPKISKPU1 menyertai perkhemahan ini. Penyertaan mereka dalam perkhemahan ini menunjukkan bahawa mereka juga boleh bersama dan bersosial dengan rakan-rakan. Mereka bersama-sama mengikuti aktiviti yang telah ditetapkan sepanjang perkhemahan. Perkhemahan Perdana diadakan pada tarikh 13,14,15/11/2009. Selamat menjalani aktiviti......................
13 November 2009 - Anugerah kecemerlangan kokurikulum telah diadakan pada hari ini. Alhamdulillah pelbagai acara telah diadakan bagi meraikan penerima anugerah. Salah seorang murid PPKI dipilih sebagai penerima Anugerah Kepimpinan atas penglibatan beliau dalam bidang sukan dan segala aktiviti peringkat sekolah, daerah mahupun negeri. Beliau ialah Muhammad Akmal B Alias. Cikgu doakan kamu terus cemerlang di sekolah menengah pada tahun 2010.Penglibatan semua murid dalam bidang ko-kurikulum dapat membentuk jatidiri yang seimbang dan gemilang serta dihargai oleh semua pihak. Tahniah dari cikgu.............
6 November 2009 - Pertandingan nyanyian diadakan bagi mengisi masa menunggu keputusan UPSR yang akan diumumkan nanti. Murid-murid tahun enam menunjukkan bakat yang ada dalam pertandingan tersebut. Antara pertandingan yang dijalankan ialah Nyanyian 1,2,3,4, Permainan Alat Muzik Suriram, Sketsa Aci-aci Buka Pintu, Tarian Joget Pahang, Nyanyian Cari Jodoh.
Murid PPKI juga tak melepaskan peluang bergambar dengan .....
Cikgu pun minat juga ke...
29 Oktober 2009 - Hari ni semua warga SKPU1 seronok kerana KUNTUM datang menziarahi kami. Banyak juga aktiviti yang boleh dikongsi bersama-sama sempena Bulan Bahasa Kebangsaan. Murid-murid seronok menjawab soalan yang dikemukakan oleh wakil majalah Kuntum. Paling best bila dapat bergambar bersama-sama dengan maskot KUNTUM.........
21 Oktober 2009 - Semua murid SKPU1 dan PPKI menduduki peperiksaan PKSR 2. PKSR 2 bermula pada hari ini hingga 27 Oktober 2009. Cikgu ucapkan selamat menjawab dan semoga kejayaan bersama-sama anda.