Saturday, August 7, 2010

BULAN PATRIOTIK



saat juang perajurit terbilang
bergadai nyawa membelah hutan belantara
semilir lalu kiambang bertaut
31 OGOS 1957, tarikh keramat,
gemilang anak watan
tersenyum penuh ria
kita anak merdeka
kini kita bangga
kerana mereka perajurit negara
kita lalui saat bahagia
merdeka, merdeka, merdeka

Thursday, July 29, 2010

COSMO'S WORLD THEME PARK

29 Julai 2010 - Lawatan murid PPKI ke Cosmo Theme Park adalah untuk memberi pendedahan dan pembelajaran yang berguna buat mereka. Mereka boleh bergembira disamping melakukan terapi cara kerja secara tidak langsung. Seramai 30 murid terlibat dan 18 guru serta PPM mengiringi mereka.

Thursday, July 15, 2010

PERKHEMAHAN PERDANA PPKISKPU1



15 Julai 2010 - Program Perkhemahan Perdana PPKISKPU1 yang dirancang dilaksanakan dengan jayanya. Seramai 50 orang murid dan semua guru PPKI serta PPM telah menjayakan program ini. Program seumpama ini dijalankan bagi memberi peluang dan ruang kepada murid-murid istimewa
berdikari dan berdaya saing dalam melakukan aktiviti perkhemahan. Murid PPKI juga didedahkan dengan aktiviti memasang khemah. En.Mohd Akmal B. Jamaluddin telah memberi tunjukajar tentang cara-cara memasang khemah . Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan perkhemahan ini.

Wednesday, May 26, 2010

SELAMAT HARI LAHIR SAYANG







26 Mei 2010 - Selamat hari lahir, semoga sentiasa dianugerahkan kesihatan yang berpanjangan, khas buat murid-murid ku tersayang. Sambutan ini diadakan sempena sambutan Hari Lahir Jan- Mei 2010. Seramai 27 orang murid diraikan pada sambutan kali ini. Pihak kami juga menjemput pihak pentadbir dan staf sokongan bersama-sama bagi memeriahkan majlis sambutan pada kali ini. Terima kasih kepada AJK pelaksana kerana dapat menjayakan majlis kita . Terima kasih juga kepada ibu bapa yang menyumbang juadah kepada PPKI.

Saturday, May 22, 2010

PERASMIAN PEMBUKAAN BILIK TERAPI SENSORI







22 Mei 2010 - Alhamdulillah, Majlis Perasmian Bilik Sensori PPKI SKPU1 telah disempurnakan oleh En.Zulkifli B. Ahmad. Majlis ini diadakan pada 22 Mei 2010 dan dikendalikan oleh AJK Pelaksana PPKI . Antara VIP yang dijemput pada majlis tersebut ialah En.Zulkifli B.Ahmad(JPS), Pn Khairul Bariah Bt. Abdul Rahman(Area Retail Manager CIMB), En Elangovan(Branch Manager CIMB Bandar Puteri), YDP PIBG SKPU1 En MOhd Yusuff B .Mohd Yassin. Penerangan SI oleh En Wong Shy Shyn, membuka minda ibubapa berkaitan dengan anak-anak mereka. Satu persembahan telah ditunjukkan oleh murid-murid PPKI yang bertajuk ' Bangau ooo Bangau'. Sesi lawatan ke bilik SI bagi memperlihatkan latihan yang dijalani oleh murid-murid dan dikendalikan oleh guru dan PPM yang telah mengikuti kursus SI. Ibubapa juga mengikuti kursus secara percuma yang diberikan oleh Pakar Terapi Wong Shy Shyn. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dalam menjayakan majlis ini. Terima kasih kepada semua AJK Pelaksana kerana berjaya menguruskan majlis Perasmian pembukaan SI dengan baik.

Tuesday, May 11, 2010

PKSR 1 2010

11 Mei 2010 - 'Selamat Menjawab' kepada semua murid SKPU1 dan PPKI

Thursday, May 6, 2010

NILAI, NEGERI SEMBILAN











28 APRIL 2010 - Lawatan sambil belajar ke Nilai Negeri Sembilan melibatkan dua Program Pendidikan Khas Integrasi iaitu SKPU1 Dan SK Taman Putra Perdana. Murid-murid PPKI SKPU1 telah dibawa melawat tapak projek penanaman "Dragon Fruit" di Nilai , Negeri Sembilan. Kami didedahkan dengan tanaman berkenaan secara lebih dekat lagi. Kami juga di bawa meninjau ladang 'Dragon Fruit' dan diberi penerangan berkaitan dengan cara-cara penanaman tanaman ini. Kami juga diterangkan tentang madu asli dan juga pembajaan yang digunakan untuk tanaman tersebut. Terima kasih kepada Menteri Besar Negeri Sembilan kerana menaja makan tengahari yang enak . Bertolak pulang ke SKPU1 pada pukul 2 pm.