3 April 2010 - Alhamdulillah satu gotong royong telah diadakan pada hari ini bagi memberikan keselesaan kepada murid-murid PPKI menjalani terapi. Gotong royong ini diadakan bagi mengeratkan lagi silaturrahim antara kedua belah pihak. Ramai ibubapa yang hadir bagi membantu dan menceriakan bilik Sensori. Terima kasih kepada semua yang hadir , Cikgu Zaidi Mahmat dan semoga kita dapat meningkatkan lagi kerjasama antara ibubapa dan guru.
Sunday, April 4, 2010
Thursday, April 1, 2010
MINGGU SEKOLAH SELAMAT 2010










31 Mac 2010 - Minggu sekolah selamat telah dijalankan bermula hari isnin, Pelbagai acara telah diadakan terutamanya dalam memupuk kesedaran pentingnya menjaga keselamatan diri dan rakan-rakan. Ceramah berkaitan menjaga keselamatan telah diberikan oleh Pasukan Bomba Pusat Bandar Puchong yang dijemput khas. Disamping itu diadakan pameran keselamatan jalan raya bagi memberi kesedaran kepada murid-murid sekolah. Murid PPKI juga berpeluang melihat pameran yang diadakan. Demotrasi kebakaran juga diadakan bagi memberi kesedaran perlunya bertindak pantas sekiranya berlaku kebakaran di sekolah.
Friday, March 12, 2010
SUKAN TAHUNAN SKPU1
28 Februari 2010 - temasya Sukan Tahunan telah diadakan dengan meriah . Semua murid terlibat dengan acara tersebut. Murid PPKI dan Pra PPKI juga terlibat dengan acara sukaneka yang diadakan lebih awal iaitu pada 19.2.2010. Pada kemuncak hari sukan murid PPKI terlibat dalam acara 50M (lelaki& perempuan), 100M (lelaki&perempuan) ,lompat jauh serta lontar peluru. Apa yang penting...............penyertaan mereka dalam setiap acara yang diadakan di sekolah.
Tuesday, February 23, 2010
SENSORI CARA KERJA
22-24 Februari 2010 - Kursus Terapi Cara Kerja telah diadakan bagi melatih dan memberi kefahaman yang lebih mendalam lagi kepada guru-guru pendidikan khas . Kursus ini telah dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh guru-guru PPKI, guru prasekolah PPKI serta PPM. Melalui kursus ini guru-guru didedahkan dengan ilmu bagi membantu murid istimewa . Kursus ini diadakan selama 3 hari bermula 22 .2. 2010 dan berakhir pada 24.2.2010.
Thursday, February 18, 2010
MESYUARAT KMK BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS 2010
18 Februari 2010 - Mesyuarat Kumpulan Meningkat Mutu Kerja Bahagian Pendidikan Khas telah diadakan di Bilik Mesyuarat Wawasan, BP Khas. Mesyuarat ini diadakan bagi mengenalpasti, memilih dan menganalisis masalah-masalah yang berkaitan dengan tugas di sekolah. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh En. Mohd Yasin B. Mohd Ismail,Dr Kamaruddin Yaakob dan penceramah jemputan Datin Hajjah Samsiah Binti Haji Hamzah.
LAWATAN PELAJAR KOLEJ UNITI, SEREMBAN NEGERI SEMBILAN
8-9 Februari 2010 - Pelajar-pelajar Kolej Uniti , Seremban Negeri Sembilan telah membuat lawatan ke Program Integrasi Pendidikan Khas, SK Puchong Utama 1 bagi melihat lebih dekat murid-murid Istimewa yang mempunyai masalah Kecelaruan Tingkahlaku dan juga Autisme. Pelajar-pelajar Kolej tersebut meluangkan masa bersama-sama murid-murid istimewa. Terima kasih atas sumbangan ikhlas daripada pelajar-pelajar tersebut.
Wednesday, February 17, 2010
JALINAN MESRA IBUBAPA DAN GURU PPKISKPU1
6 Februari 2010- Setiap tahun PPKISKPU1 akan mengadakan perjumpaan ibubapa dan guru bagi merapatkan lagi silaturrahim antara kedua belah pihak. Alhamdulillah perjumpaan tersebut telah diadakan dengan jayanya seperti yang telah dirancang. Sambutan ibubapa menggalakkan dan dapat berkongsi idea dan masalah anak-anak istimewa. Majlis dialog telah dipengerusikan oleh YDP PIBG En. Mohd Yusof B. Mohd Yassin dan Tuan Guru Besar juga hadir bersama sepanjang majlis tersebut . Terima kasih diucapkan kepada Penyelaras Program, Pn. Fadzilah Bt Mohamad yang telah bertungkus lumus memastikan majlis berjalan dengan lancar. Terimakasih kepada semua guru dan PPM.
Subscribe to:
Posts (Atom)



































