Tuesday, March 8, 2011

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN MESYUARAT PIBG

5 MAC 2011 - ANUGERAH kECEMERLANGAN 2010 diadakan serentak dengan mesyuarat agung PIBG. Seramai 33 murid PPKI menerima anugerah cemerlang mereka . Murid Pra PPKI juga menerima hadiah masing-masing pada majlis tersebut. Mohd Fikri B. Ramli dianugerahkan tokoh murid pendidikan Khas atas kecemerlangan beliau dalam akademik dan kokurikulum. Beliau mendapat 5C dalam UPSR 2010.

MAULIDUR RASUL

19 Febuari 2011 - Sambutan Maulidur rasul diadakan bagi memberi pendedahan kepada anak-anak tentang Rasulullah saw. Kemuliaan sifat dan perjuangan baginda rasulullah perlu diterapkan dalam kehidupan anak-anak perdana dan juga anak-anak istimewa. Murid diperdengarkan alunan salawat memuji Rasulullah saw pada Majlis sambutan Maulidur Rasul, Anak-anak istimewa juga tidak ketinggalan bersama-sama mendengar ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan. Pertandingan mewarna juaga diadakan untuk murid PPKI .

Thursday, February 3, 2011

JALINAN MESRA PPKISKPU 1 2011

22 JANUARI 2011 - Perjumpaan ibubapa dan guru PPKI diadakan dalam suasana yang meriah dengan kehadiran ramai ibubapa yang prihatin tentang anak-anak mereka. Sama-sama mencari jalan bagi meningkatkan lagi pendidikan anak-anak. Majlis ini dirasmikan oleh YDPIBG En. Mohd Yusuf B. Yassin. En. Mohd Ariff b. Yahaya , Pn Yeng Choo Peng serta Pn Suhana Bt Abdullah juga meluangkan masa bersama-sama dengan ibubapa. Banyak perkara yang dibincangkan terutamanya berkaitan pendidikan, kebajikan murid.

ROAD RUN SKPU 1

19 JANUARI 2011 - Acara yang diadakan setiap tahun ini memberi peluang kepada anak- anak istimewa bersaing secara sihat sesama mereka. Seramai 20 murid PPKI menyertai larian ini. Mereka terdiri dari 10 orang murid lelaki dan 10 murid perempuan. Mereka diiringi guru-guru PPKI yang sentiasa memberi komitmen yang tinggi dalam menjalankan tugas mereka.

SELAMAT TAHUN BARU 2011

Selamat Tahun Baru untuk semua pembaca blog PPKISKPU1.
Semoga tahun 2011 memberi kejayaan buat semua

Saturday, November 20, 2010

SELAMAT BERCUTI DAN SALAM AIDILADHA

16 November 2010 - Hari terakhir persekolahan bagi tahun 2010. Semua murid bergembira kerana esoknya kita merayakan aidiladha. Semoga perjalanan pulang ke kampung halaman dilindungi Allah. Selamat bercuti dan jumpa lagi pada sesi persekolahan 2011

PESTA RIA SKPU1 2010


13 November 2010 - Seronoknya.......takut pun ada, tapi nak tengok juga. Kemeriahan terasa pada pestaria kali ini . Guru-guru menunjukkan kepakaran memasak dan nampaknya semua gerai laris terjual. Tak menang tangan dibuatnya. Guru-guru PPKI juga membuka gerai menjual Burger dan Bihun Sup. Seronok melihat telatah pengunjung yang tidak putus-putus datang memeriahkan pestaria tersebut. Tahniah diucapkan kepada penyelaras program, Pn Mazila Yusof dan juga semua guru yang terlibat menjayakan pestaria pada hari itu. Burger , burger ................