Thursday, May 5, 2011

KARNIVAL SUKAN PENDIDIKAN KHAS DAERAH PETALING PERDANA 2011







4-5 MEI 2011 - Sukan Pendidikan Khas Daerah Petaling Perdana telah diadakan di Stadium Panasonic Shah Alam. Seramai 31 buah sekolah yang mempunyai program integrasi telah memeriahkan sukan tersebut. SKPU 1 bertindak sebagai Jawatan Kuasa Peralatan sepanjang sukan berlangsung. Terima kasih kepada guru-guru PPKI yang bersungguh-sungguh melatih dan menjalankan tugas yang diberi dengan jaya.................terima kasih cikgu

Monday, April 25, 2011

TINJAUAN BUKU TEKS PENDIDIKAN KHAS OLEH BAHAGIA BUKU TEKS ,KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA



25 APRIL 2011

Alhamdulillah....
semoga anak khas mendapat perhatian daripada pihak yang berkaitan

MOTIVASI TERAPI CARA KERJA DAN TAKLIMAT KEMUDAHAN JKM

23 APRIL 2011 - Ramai ibubapa yang hadir pada program kali ini. Kesedaran tentang pentingnya
terapi dijalankan secara berterusan dan berkala membantu guru-guru menjalankan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Ceramah disampaikan oleh Pakar Terapi Hospital Putrajaya Pn Nurul fatihah memberi kesedaran kepada ibubapa berkaitan terapi yang perlu dihadiri oleh anak mereka. Kegagalan ibubapa menghantar anak untuk program terapi sebenarnya memberi beban yang bersangatan kepada guru yang mengajar di sekolah. Pendedahan tentang kemudahan yang dinikmati oleh anak OKU juga memberi banyak pengetahuan kepada ibubapa

Tuesday, March 8, 2011

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN MESYUARAT PIBG

5 MAC 2011 - ANUGERAH kECEMERLANGAN 2010 diadakan serentak dengan mesyuarat agung PIBG. Seramai 33 murid PPKI menerima anugerah cemerlang mereka . Murid Pra PPKI juga menerima hadiah masing-masing pada majlis tersebut. Mohd Fikri B. Ramli dianugerahkan tokoh murid pendidikan Khas atas kecemerlangan beliau dalam akademik dan kokurikulum. Beliau mendapat 5C dalam UPSR 2010.

MAULIDUR RASUL

19 Febuari 2011 - Sambutan Maulidur rasul diadakan bagi memberi pendedahan kepada anak-anak tentang Rasulullah saw. Kemuliaan sifat dan perjuangan baginda rasulullah perlu diterapkan dalam kehidupan anak-anak perdana dan juga anak-anak istimewa. Murid diperdengarkan alunan salawat memuji Rasulullah saw pada Majlis sambutan Maulidur Rasul, Anak-anak istimewa juga tidak ketinggalan bersama-sama mendengar ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan. Pertandingan mewarna juaga diadakan untuk murid PPKI .

Thursday, February 3, 2011

JALINAN MESRA PPKISKPU 1 2011

22 JANUARI 2011 - Perjumpaan ibubapa dan guru PPKI diadakan dalam suasana yang meriah dengan kehadiran ramai ibubapa yang prihatin tentang anak-anak mereka. Sama-sama mencari jalan bagi meningkatkan lagi pendidikan anak-anak. Majlis ini dirasmikan oleh YDPIBG En. Mohd Yusuf B. Yassin. En. Mohd Ariff b. Yahaya , Pn Yeng Choo Peng serta Pn Suhana Bt Abdullah juga meluangkan masa bersama-sama dengan ibubapa. Banyak perkara yang dibincangkan terutamanya berkaitan pendidikan, kebajikan murid.

ROAD RUN SKPU 1

19 JANUARI 2011 - Acara yang diadakan setiap tahun ini memberi peluang kepada anak- anak istimewa bersaing secara sihat sesama mereka. Seramai 20 murid PPKI menyertai larian ini. Mereka terdiri dari 10 orang murid lelaki dan 10 murid perempuan. Mereka diiringi guru-guru PPKI yang sentiasa memberi komitmen yang tinggi dalam menjalankan tugas mereka.