Wednesday, July 29, 2009

Majlis Perpisahan







28 Julai 2009 - Majlis perpisahan ini diadakan bagi meraikan Pn Noralya Felecia Bt Abdullah yang akan berpindah ke Sabah. Semoga apa yang dipelajari disini akan dijadikan pedoman untuk beliau menjalankan tugas di sekolah baru nanti. Warga PPKI mengucapkan selamat maju jaya buat Pn Noralya.

Saturday, July 11, 2009

Hari Terbuka

uih ramainya murid murid Pictures, Images and Photos

27 Jun 2009 - Hari Terbuka telah diadakan serentak bagi murid-murid PPKI dan aliran perdana. Ibubapa mengambil kesempatan untuk hadir pada hari tersebut bagi mengetahui prestasi anak-anak serta berbincang dengan guru-guru tentang masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka.

Sunday, July 5, 2009

Perkhemahan Perdana PPKI 2009


2 Julai 2009 - Perkhemahan Perdana PPKI 2009 telah dirasmikan oleh guru besar SKPU 1, En.Mohd Ariff b. Yahaya. Seramai 50 orang pelajar telah mengikuti Perkhemahan ini. Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk membentuk jati diri murid PPKI dan membina keyakinan mereka berdepan dengan sebarang masalah. Antara pengisian perkhemahan ini ialah Latihan membina khemah, bengkel kreatif, adap dan solat jemaah dan mencari harta karun. Terima kasih kepada semua guru dan PPM yang telah bertungkus lumus menjayakan program tersebut. Insya Allah ia akan menjadi aktiviti tahunan PPKI.