Friday, October 30, 2009

Bila KUNTUM datang........



Cenderamata daripada KUNTUM


Semuanya nak bergambar dengan maskot ......


Murid PPKI juga tak melepaskan peluang bergambar dengan .....





Cikgu pun minat juga ke...

29 Oktober 2009 - Hari ni semua warga SKPU1 seronok kerana KUNTUM datang menziarahi kami. Banyak juga aktiviti yang boleh dikongsi bersama-sama sempena Bulan Bahasa Kebangsaan.
Murid-murid seronok menjawab soalan yang dikemukakan oleh wakil majalah Kuntum. Paling best bila dapat bergambar bersama-sama dengan maskot KUNTUM.........

Ragam PKSR


Lama lagi ke......


Bila nak mula ni.......

Letihnya!!!!

Pelbagai ragam murid istimewa ketika PKSR

Wednesday, October 21, 2009

PKSR 2



Kertas soalan Matematik dan Bahasa Melayu



Murid-murid menjawab soalan dengan tekun



Mendengar arahan guru sebelum menjawab soalan


Selamat menjawab

21 Oktober 2009 - Semua murid SKPU1 dan PPKI menduduki peperiksaan PKSR 2. PKSR 2 bermula pada hari ini hingga 27 Oktober 2009. Cikgu ucapkan selamat menjawab dan semoga kejayaan bersama-sama anda.

Tuesday, October 20, 2009

Kebersihan Gigi





20 Oktober 2009 - Hari ini semua murid PPKISKPU1 belajar memberus gigi dengan bantuan daripada jururawat pergigian Klinik Batu 14. Berbagai-bagai cara dan aksi yang ditunjukkan oleh murid-murid. Apapun cikgu berharap rajin-rajin la gosok gigi agar ianya sentiasa sihat dan kuat

Friday, October 16, 2009

SAMBUTAN HARI RAYA DAN HARI LAHIR








15 Oktober 2009 - Sempena bulan Syawal yang tinggal beberapa hari aje, PPKISKPU1 telah mengadakan jamuan hari raya serta meraikan sambutan hari lahir Jun- Disember. Murid-murid sangat gembira dan memakai 'baju raya' serta membawa kuih muih yang disumbangkan oleh ibubapa mereka. Terima kasih kepada semua pihak yang menyumbang kek serta berbagai sumbangan lain yang kami terima. Kegembiraan mereka adalah kegembiraan kita bersama.

Monday, October 5, 2009

Bulan Bahasa Kebangsaan


Perasmian Bulan Bahasa Kebangsaan ........

Bercerita ...........

Persembahan Nyanyian dan Deklamasi Sajak...........

5 Oktober 2009 - Hari ini Bulan Bahasa Kebangsaan telah dilancarkan oleh Guru Besar SKPU1 En.Mohd Ariff B. Yahaya . Antara pengisian Bulan Bahasa Kebangsaan ialah Puisi, Nyanyian, Bercerita dan sebagainya. Murid-murid PPKI juga berpeluang menyertai kuiz bahasa yang dijalankan sepanjang bulan bahasa.