Saturday, April 25, 2009

MENARA KUALA LUMPUR



23 April 2009 - Alhamdulillah.... PPKISKPU1 telah mengikuti lawatan sambil belajar ke Menara KL. Seramai 40 murid,18 guru dan 6 PPM telah menyertai lawatan ini. Pendedahan kepada persekitaran dapat membantu mereka berdikari. Terima kasih kepada pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia kerana sudi menaja bas bagi menjayakan lawatan tersebut

Thursday, April 23, 2009

LATIHAN KEBAKARAN



21 April 2009- Latihan kebakaran telah diadakan untuk murid aliran perdana dan PPKI. Ianya diadakan bagi melihat kecekapan dan kecepatan murid menyelamatkan diri ketika menghadapi kebakaran. Pasukan Bomba juga telah menunjukkan cara-cara memadam kebakaran.

Tuesday, April 14, 2009

TILAWAH AL-QURAN


9 April 2009 - Majlis Tilawah al-Quran telah diadakan di SK Seksyen 20.Acara yang dipertandingkan ialah nasyid, azan, musabaqah, iqamah, Khat Jawi, bercerita dan merumikan tulisan jawi. Murid PPKI SKPU1 telah menyertai pertandingan tersebut. Alhamdulilah dua dari wakil murid ppki sekolah ini berjaya dalam pertandingan tersebut. Muhammad Umair telah berjaya menjadi naib johan bagi kategori azan subuh dan Danial Idlan mendapat tempat ke 3 dalam Pertandingan Bercerita . Tahniah dari guru-guru skpu1.

Sunday, April 12, 2009

AMANAH


MISI, VISI, MOTTO PPKI

PENGURUSAN



Fail murid

Wednesday, April 8, 2009