Tuesday, September 29, 2009

Selamat Hari Raya


Sebening air wuduk,Sesuci al-Quran,
Seindah alunan azan, setenang solat lima waktu
Setenang hati yang tiada benci dan dendam,
Jika tangan tak sempat berjabat, wajah tak sempat bertatap,
Bukalah pintu kemaafan
"SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN"
Dari kami warga SKPU1 dan PPKISKPU1

Majlis Khatam Al-Quran









Sempena Ramadhan Al-Mubarak Panitia Agama Islam telah merancang aktiviti Tadarrus Al-Quran dan Majlis Khatam Al-Quran diadakan pada 18 September yang lalu. alhamdulillah murid-murid PPKI (K 1) juga telah menyertai tadarrus ini dibawah pimpinan Cikgu Norakiman B. Mohd Noor. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, dan diteruskan dengan bacaan Al-Quran. Selepas itu diikuti dengan khatam Al-Quran ,seterusnya pemberian duit raya kepada anak-anak yatim dan disampaikan oleh En.Mohd Ariff B. Yahaya. Diakhiri dengan sesi bersalaman serta bermaafan antara murid-murid dengan guru-guru SKPU1.

Aktiviti ketika UPSR







Pelbagai aktiviti telah diadakan oleh guru-guru PPKI ketika UPSR pada 8,9,10 September yang lalu. Murid yang hadir juga tidak ketinggalan membantu guru dalam melicinkan lagi aktiviti yang telah dirancang. Antaranya ialah membuat mural, merancang RPI untuk sesi kedua tahun 2009 dan 'inhouse training'. Terima kasih kepada murid-murid,guru-guru PPKI dan PPM kerana kerjasama mencantikkan kelas kita.Selamat menjawab kepada murid-murid tahun 6 SKPU1 dan murid PPKI iaitu Muhammad Umair b. Mohd Ashri.