Friday, January 22, 2010

SELAMAT HARI JADI FARAH AIDA

21 Januari 2010 - Sambutan Hari Jadi telah diadakan untuk Farah Aida. Ibu murid ini telah menyumbangkan 2 biji kek coklat serta Bihun Goreng dan minuman . Murid-murid dan guru-guru bersama-sama meraikan hari lahir Farah Aida. Selamat hari lahir, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki .

Monday, January 4, 2010

PENDAFTARAN MURID BARU PPKISKPU1

4 Januari 2010 - Selamat datang diucapkan kepada murid-murid baru yang menjadi warga pendidikan khas. Seramai 17 orang murid PPKI yang keluar dan 7 kemasukan baru. 7 menunggu untuk proses temuduga yang akan diadakan pada 13/1/2010. Pelbagai ragam murid pada hari pertama sessi persekolahan. Walau apapun cabaran kami tetap menerima mereka dengan ikhlas dan berusaha membentuk mereka kearah kejayaan.

Saturday, January 2, 2010

PALACE OF THE GOLDEN HORSES

2 Januari 2010 - Jamuan Kelab Staf 2010 diadakan di Palace Of The Golden Horses, Mines Seri Kembangan . Semua guru hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Kami juga meraikan guru-guru yang berpindah iaitu Cikgu Saad, Cikgu Hayati dan Cikgu Ravi. Jasamu tetap dikenang dan didiklah anak muridmu seikhlas hati walau di mana cikgu mengajar

Friday, January 1, 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010

Selamat meyambut tahun 2010 , tanamkan cita-cita dan azam supaya menjadi manusia yang sentiasa diberkati Allah dalam apa juga perkara yang dilakukan. Amin Ya Rabbal Alamin....