Tuesday, February 23, 2010

SENSORI CARA KERJA





22-24 Februari 2010 - Kursus Terapi Cara Kerja telah diadakan bagi melatih dan memberi kefahaman yang lebih mendalam lagi kepada guru-guru pendidikan khas . Kursus ini telah dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh guru-guru PPKI, guru prasekolah PPKI serta PPM. Melalui kursus ini guru-guru didedahkan dengan ilmu bagi membantu murid istimewa . Kursus ini diadakan selama 3 hari bermula 22 .2. 2010 dan berakhir pada 24.2.2010.

Thursday, February 18, 2010

MESYUARAT KMK BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS 2010

18 Februari 2010 - Mesyuarat Kumpulan Meningkat Mutu Kerja Bahagian Pendidikan Khas telah diadakan di Bilik Mesyuarat Wawasan, BP Khas. Mesyuarat ini diadakan bagi mengenalpasti, memilih dan menganalisis masalah-masalah yang berkaitan dengan tugas di sekolah. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh En. Mohd Yasin B. Mohd Ismail,Dr Kamaruddin Yaakob dan penceramah jemputan Datin Hajjah Samsiah Binti Haji Hamzah.

LAWATAN PELAJAR KOLEJ UNITI, SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

8-9 Februari 2010 - Pelajar-pelajar Kolej Uniti , Seremban Negeri Sembilan telah membuat lawatan ke Program Integrasi Pendidikan Khas, SK Puchong Utama 1 bagi melihat lebih dekat murid-murid Istimewa yang mempunyai masalah Kecelaruan Tingkahlaku dan juga Autisme. Pelajar-pelajar Kolej tersebut meluangkan masa bersama-sama murid-murid istimewa. Terima kasih atas sumbangan ikhlas daripada pelajar-pelajar tersebut.

Wednesday, February 17, 2010

JALINAN MESRA IBUBAPA DAN GURU PPKISKPU1





6 Februari 2010- Setiap tahun PPKISKPU1 akan mengadakan perjumpaan ibubapa dan guru bagi merapatkan lagi silaturrahim antara kedua belah pihak. Alhamdulillah perjumpaan tersebut telah diadakan dengan jayanya seperti yang telah dirancang. Sambutan ibubapa menggalakkan dan dapat berkongsi idea dan masalah anak-anak istimewa. Majlis dialog telah dipengerusikan oleh YDP PIBG En. Mohd Yusof B. Mohd Yassin dan Tuan Guru Besar juga hadir bersama sepanjang majlis tersebut . Terima kasih diucapkan kepada Penyelaras Program, Pn. Fadzilah Bt Mohamad yang telah bertungkus lumus memastikan majlis berjalan dengan lancar. Terimakasih kepada semua guru dan PPM.

Monday, February 1, 2010

LARIAN MERENTAS DESA

22 Januari 2010 - Alhamdulillah.. acara larian merentas desa peringkat sekolah telah selamat dijalankan. Murid-murid arus perdana dan PPKI bersama-sama menjayakan program ini. Seramai 18 murid PPKI SKPU1 telah menyertai larian merentas desa ini.