Sunday, March 8, 2009

PERTANDINGAN OLAHRAGA PENDIDIKAN KHAS DAERAH PETALING PERDANA



Mac 2009- Pertandingan sukan Olahraga Pendidikan Khas Daerah Petaling Perdana telah diadakan dengan jayanya di Stadium Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi baru-baru ini. Kejohanan ini diadakan selama tiga hari berturut-turut iaitu pada 3,4,5 Mac 2009 (Selasa, Rabu, Khamis). Sebanyak 21 buah sekolah rendah dan menengah integrasi serta 2 buah sekolah SKPK & SMPKV telah menyertai pertandingan tersebut.
Pertandingan Olahraga Pendidikan Khas ini telah berjaya mencungkil bakat sukan dikalangan pelajar OKU dan menjadi pelapis pada masa akan datang. Kami telah menghantar 12 orang wakil dari PPKI SKPU1 dan tiga daripada mereka berjaya mendapat tempat ke-3 bagi acara yang disertai. Acara yang dimenangi ialah Lontar Peluru (L) , 100m (P) ,100m (L). Tahniah atas kejayaan yang dicapai.

No comments: