Friday, March 13, 2009

BOWLING


Mac 2009- Seronoknya tengok murid PPKI main bowling. Mereka berusaha biarpun baru dengan permainan ini. Murid-murid PPKI didedahkan dengan bowling bagi memberi mereka ruang dan peluang mengasah bakat yang terpendam . Mungkin suatu hari mereka jadi juara. Tuhan Maha Kuasa....................

Sunday, March 8, 2009

PERJUMPAAN IBUBAPA DAN GURU PPKI















7 Mac 2009(Sabtu)- Satu perjumpaan telah diadakan antara ibubapa dan guru PPKI bagi membincangkan berkaitan dengan masalah anak-anak istimewa di sekolah ini. Ianya juga bagi mengeratkan lagi silaturrahim antara kedua belah pihak.
Alhamdulillah program tersebut telah berjalan dalam suasana mesra dan telah dipengerusikan oleh YDP PIBG SKPU1 En. Mohd Yusuf B. Mohd Yassin. Banyak perkara yang dapat dikongsi bersama-sama dan program seperti ini akan dilaksanakan setiap tahun

PERTANDINGAN OLAHRAGA PENDIDIKAN KHAS DAERAH PETALING PERDANA



Mac 2009- Pertandingan sukan Olahraga Pendidikan Khas Daerah Petaling Perdana telah diadakan dengan jayanya di Stadium Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi baru-baru ini. Kejohanan ini diadakan selama tiga hari berturut-turut iaitu pada 3,4,5 Mac 2009 (Selasa, Rabu, Khamis). Sebanyak 21 buah sekolah rendah dan menengah integrasi serta 2 buah sekolah SKPK & SMPKV telah menyertai pertandingan tersebut.
Pertandingan Olahraga Pendidikan Khas ini telah berjaya mencungkil bakat sukan dikalangan pelajar OKU dan menjadi pelapis pada masa akan datang. Kami telah menghantar 12 orang wakil dari PPKI SKPU1 dan tiga daripada mereka berjaya mendapat tempat ke-3 bagi acara yang disertai. Acara yang dimenangi ialah Lontar Peluru (L) , 100m (P) ,100m (L). Tahniah atas kejayaan yang dicapai.