Saturday, May 22, 2010

PERASMIAN PEMBUKAAN BILIK TERAPI SENSORI







22 Mei 2010 - Alhamdulillah, Majlis Perasmian Bilik Sensori PPKI SKPU1 telah disempurnakan oleh En.Zulkifli B. Ahmad. Majlis ini diadakan pada 22 Mei 2010 dan dikendalikan oleh AJK Pelaksana PPKI . Antara VIP yang dijemput pada majlis tersebut ialah En.Zulkifli B.Ahmad(JPS), Pn Khairul Bariah Bt. Abdul Rahman(Area Retail Manager CIMB), En Elangovan(Branch Manager CIMB Bandar Puteri), YDP PIBG SKPU1 En MOhd Yusuff B .Mohd Yassin. Penerangan SI oleh En Wong Shy Shyn, membuka minda ibubapa berkaitan dengan anak-anak mereka. Satu persembahan telah ditunjukkan oleh murid-murid PPKI yang bertajuk ' Bangau ooo Bangau'. Sesi lawatan ke bilik SI bagi memperlihatkan latihan yang dijalani oleh murid-murid dan dikendalikan oleh guru dan PPM yang telah mengikuti kursus SI. Ibubapa juga mengikuti kursus secara percuma yang diberikan oleh Pakar Terapi Wong Shy Shyn. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dalam menjayakan majlis ini. Terima kasih kepada semua AJK Pelaksana kerana berjaya menguruskan majlis Perasmian pembukaan SI dengan baik.

7 comments:

Anonymous said...

cikgu, "manager" baru betul bukan mcm yg cikgu eja tu...kalau tak tau eja BI..tulis aje pengurus

odah said...

ha...dah betulkan...

Anonymous said...

Terima kasih tolong jawabkan

Cikgu said...

kak odah..lamanye tak jumpa akak n penyelaras2 lain...bestnye dah ada bilik sensori...camne nak mohon bilik ni kak...kalau bleh panjang2 kan la kertas kerja tu kat email anis ye hehehe....nausihah@yahoo.com..pastu nak tanya...terapi SI tu terapi ape ye kak?

odah said...

ntah..akak pun tak tau.

PPKI SK PU1 said...

Terima kasih Anis, macam mane dengan program baru, nak tau tentang SI jom la ke PPKISKPU 1, nanti akak terangkan , akak buat kursus untuk cikgu-cikgi untuk PPKI daerah nanti.Nak cerita kat sini tak habis-habis.
Buat Odah terima kasih jawabkan, kalau nak ikut jemput la sekali ye

yatie said...

ha ha ha....
menyamar bagai la dr anonymous tuko 'odah...' misi dh berjaya???