Sunday, October 2, 2011

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE SABAH

































































27-30 SEPTEMBER 2011 - Akhirnya rombongan PPKISKPU1 dan PPKISKPU3 selamat sampai ke Sabah Negeri di Bawah Bayu. Seramai 20 murid ppki, 13 guru dan 2 PPM menyertai lawatan sambil belajar ke negeri Sabah. Murid yang tidak menyertai lawatan bersekolah seperti biasa . Berkumpul disekolah pada pukul 4.00 am dan terbang ke Kota Kinabalu pada pukul 6.40 am. Menginap di Kompleks Tabung Haji KK. Berbagai aktiviti telah diikuti oleh murid , guru, ppm dan penjaga yang mengikuti lawatan sambil belajar ke Sabah. Kami juga berkesempatan melawat SK Luyang, KK. Setinggi penghargaan diberikan kepada guru besar SK Luyang , En. Sampidul Kahar serta warga kerja PPKI SK Luyang atas sambutan yang cukup meriah. Kesempatan melawat Monsopiat , Muzium Sabah, Muzium UMS, Merin , Kaki Gunung Kinabalu , memanjat jambatan gantung yang merupakan pengalaman baru amat mengujakan. Tahniah .......... murid-murid PPKI, walau dalam kesusahan untuk menaiki tangga dan jambatan gantung tapi kalian tetap sampai ke garisan penamat. Terima kasih guru-guru dan ppm walau terpaksa memimpin anak ppki tapi kalian tetap kuat mengharungi cabaran. Menikmati makanan laut Sabah yang menyelerakan serta ucapan terima kasih kepada pihak Ketua Menteri Sabah atas jamuan makan tengah hari yang sungguh enak di Restoran Sri Melati KK. Keindahan Gunung Kinabalu dan menghirup udara segar di KK amat memberi makna kepada ahli rombongan. Biarpun kepenatan melayan kerenah anak-anak khas tapi mereka sangat menghiburkan.Terima kasih kepada semua guru, ppm dan ibubapa SKPU1 & SKPU3 atas kerjasama yang diberi.

2 comments:

PPKI said...

Nak tanya siapa yg incharge lawatan ke sabah ni. Sy cikgu dari sk tanah merah 1

Anonymous said...

assalam..
sy guru PPKI SK satu sultan alam shah, pj..
sy ingin mohon jasa baik pihak cikgu untuk share softcopy tentatif dan kertas kerja program lawatan sabah ini kerana sekolah kami bercadang mahu ke sana tahun ini..
boleh emailkn kepada hann_nif85@yahoo.com

jasa baik cikgu sy dahului ucapan terima kasih..
wassaalam..