Monday, October 24, 2011

SUKAN TAHUNAN SKPU1 2011




23 OKTOBER 2011 - Cuaca yang terang benderang mengizinkan warga SKPU1 mengadakan sukan tahunan kali ke-10. Temasya sukan Tahunan dimeriahkan lagi dengan acara perbarisan dari setiap rumah sukan . Perarakan masuk bendera kejohanan , perbarisan rumah sukan yang dimulakan dengan PPKI serta empat pasukan yang gagah perkasa (Perwira, Laksamana, Satria, Panglima) . Perasmian Pembukaan telah disempurnakan oleh YDP PIBG En .Mohd Yusof B. Yassin. Datuk Dr Mohd Satim B. Diman juga hadir bagi memeriahkan lagi temasya. Murid PPKI telah mengambil bahagian dalam Temasya Sukan iaitu 100m L dan P. Acara sebelum hari sukan juga telah diadakan .Sukaneka bagi tahap 1 , Pra PPKI dan Pra Perdana, PPKI telah diadakan pada hari jumaat. Seronoknya melihat anak-anak riang di padang sekolah. Acara untuk kaum ibu dan bapa juga diadakan. Acara tarik tali antara guru lelaki dan kaum bapa dapat mengeratkan lagi silaturrahim. Terima kasih kepada semua warga kerja Temasya Sukan kali ini.

Sunday, October 2, 2011

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE SABAH

































































27-30 SEPTEMBER 2011 - Akhirnya rombongan PPKISKPU1 dan PPKISKPU3 selamat sampai ke Sabah Negeri di Bawah Bayu. Seramai 20 murid ppki, 13 guru dan 2 PPM menyertai lawatan sambil belajar ke negeri Sabah. Murid yang tidak menyertai lawatan bersekolah seperti biasa . Berkumpul disekolah pada pukul 4.00 am dan terbang ke Kota Kinabalu pada pukul 6.40 am. Menginap di Kompleks Tabung Haji KK. Berbagai aktiviti telah diikuti oleh murid , guru, ppm dan penjaga yang mengikuti lawatan sambil belajar ke Sabah. Kami juga berkesempatan melawat SK Luyang, KK. Setinggi penghargaan diberikan kepada guru besar SK Luyang , En. Sampidul Kahar serta warga kerja PPKI SK Luyang atas sambutan yang cukup meriah. Kesempatan melawat Monsopiat , Muzium Sabah, Muzium UMS, Merin , Kaki Gunung Kinabalu , memanjat jambatan gantung yang merupakan pengalaman baru amat mengujakan. Tahniah .......... murid-murid PPKI, walau dalam kesusahan untuk menaiki tangga dan jambatan gantung tapi kalian tetap sampai ke garisan penamat. Terima kasih guru-guru dan ppm walau terpaksa memimpin anak ppki tapi kalian tetap kuat mengharungi cabaran. Menikmati makanan laut Sabah yang menyelerakan serta ucapan terima kasih kepada pihak Ketua Menteri Sabah atas jamuan makan tengah hari yang sungguh enak di Restoran Sri Melati KK. Keindahan Gunung Kinabalu dan menghirup udara segar di KK amat memberi makna kepada ahli rombongan. Biarpun kepenatan melayan kerenah anak-anak khas tapi mereka sangat menghiburkan.Terima kasih kepada semua guru, ppm dan ibubapa SKPU1 & SKPU3 atas kerjasama yang diberi.